Monday, December 12, 2011

Aku bakal bergelar ayah..?

Salam..

"Yer..its positive that i'm pregnant.."kata isteriku dihujung talian tatkala keputusan ujian yang di laluinya sebelum ini benar2 disahkan oleh Dr. yang merawatnya..namun, jauh di sudut hatinya, walaupun ku tahu dia sedang gembira, namun wahai sayangku aku juga punya perasaan seperti kamu..sedih kerana memikirkan beberapa perkara yang harus dipertimbangkan..namun, syukur alhamdulillah kerana Allah telah memberi kami rasa itu walaupun seketika ini..kata Dr. yang merawatnya, kandungan itu mungkin akan mengalami beberapa komplikasi ke atas dia..sayu hatiku tatkala mendengarnya..dan rasa gembiraku terhumban jauh entah ke mana..aku tidak terkata..

Apa yang pasti aku cuba membuatkan dia sabar dalam keadaan aku yang masih dilema samada mampu menerima kenyataan atau keadaan ataupun sebaliknya..semoga Allah memberi kami peluang dan kesempatan dan menghilangkan rasa gundah dihati kami..rasa sayup aku dengar dihujung talian tatkala aku memujuknya supaya jangan menagis..tetapi ku tahu di sana sayangku, kamu sedang menahan tangis..aku terus hilang dalam alam kenyataan sebantar bilamana aku juga tak dapat menahan rasa sebakku..aku tahan jua demi untuk kekuatan sang suami buat isteri tercinta..

Semoga perkara ini benar-benar memberi kami rasa nikmat hidup dan lebih bersyukur atas takdir dan kehendakNya..sesungguhnya semua ketentuan itu datang dariNya, dan segala ujian itu akan diberi jika hambaNya itu mampu menanggungnya..tetapi mampukah aku sedang dalam keadaan isteriku begitu..?



eii..baby arman..?

No comments:

Post a Comment