Saturday, September 24, 2011

Jamuan Hari Raya..Bengkel Kemantapan Sosial

Salam..


Alhamdulillah..tuhan masih memberi ruang kepada aku untuk bernafas dan bernyawa seterusnya mencoret sedikit rentetan yang berlaku pada diri aku sepanjang aku berkelana di lembah ciptaan dan kepunyaan tuhan Yang Maha Berkuasa ini. Well, nak disedapkan cerita, hari ini aku telah menghadiri satu seminar yang telah dianjurkan oleh Institut Sosial Malaysia (ISM). Masih di dalam mood raya, jadi seminar tersebut dibuat sekali dengan jamuan hari raya di Penang Country Golf Resort di Bertam. Pertama kali dalam hidup jejak kaki di bumi Bertam ni walaupun dah banyak kali buat laluan bak Terusan Suez..kat mane Terusan Suez tu..hmm..kene google map lah!


Jadi kiranya, aku dan kengkawan yang seramai 15 orang telah berpergian ke seminar tersebut dengan harapan dapat makan kuih raya!LOL..ehh..takde lahh..kami pergi dengan satu misi untuk mendapat input serta pendedahan berkenaan seminar tentang kerja sosial umumnya..selebihnya tuu..alfahmi almaklumi lahh :-p..


Seminar berjalan agak baik pada awalnya..ramai jugak peserta yang hadir dari pelbagai agensi samada dari pihak sektor awam maupun NGO..swasta, aku tak berapa surelahh..hmm..tapi malangnya sesi sebelah petang yang sememangnya dijangka akan tidak mendapat sambutan menjadi realiti dimana dilihat hampir separuh dalam isi dewan telah 'menghilangkan diri'..mungkin dikidnap atau mereka mengidnapkan diri mereka sendiri waima itu bukanlah kehendak mereka :-p..almaklumlahh..seminar ini dibuat oleh pihak2 tertentu kepada pihak2 tertentu dan pihak tertentu (yakni hadirin dan hadirat) tu adalah hadir dengan cara terpaksa rela kuberserahlah dik..almaklumlah..aku rasa mereka ini dihantar sekadar untuk memenuhi undangan (dalam erti kata lain TERPAKSA kut..kut lahh yer..tak berape sure lah pulak..hihihi)..


Namun, seperti biaselah..bile ade seminar ni yang agenda utama yang akan dibelek oleh perserta (seperti aku..tak kate orang lain yer..) dalam tentatif progrem pada hari itu adalah waktu rehat (makanlahh tuuu..)..bukan ape, memenag tak terlepas pandang akan perkara macam ni :-p..makanannyerr..hmm..just ok larrr..bolehlahh bagi selera aku yang tak seberapa kebelakangan ni sebab badan tak brape best :-(..tapi disebabkan tidak mahu membazir dalam perkara tersebut yang boleh diibaratkan bersekongkol dengan si syayatinnnirrajimm tu, aku turutlah memakan dan mengomplen..kih3x.


Ahh haa..lepaslah tu cite makan..cite progrem plak..patutnye cite progrem dulu tapi dah melangkauilah pulak..hehehe..apepun tabik spring pada sesi forum pade sebelah petang..memang sangat menerujakan walaupun pada awalnya aku tertewas..TER yer..secara peribadi sangat menyeronokkan dan tidak bosan..tapi pasal pa si kiut dan si yeop mengangguk2 tanda paham dan setuju jer sepanjang sesi forum tu..tak kene jiwelahh tuu..haa..padan muke..tulahh, datang seminar nak ape sebenarnye ampa nih!:-p..sesi pagi agak sekadar bolehlah dan ade satu slot yang menjadikan kami sebagai 'mangsa' sebab penceramah tu mantan pensyarah di USM nih!takpelah janji aku dah lepas mase first sesion..adoi..sangat mendukacitakan respon aku tentang dadah..nampak sangat tak ambil pusing!sorilahhh..huhuhu..tp diorg bukan tau pun :-p..nak listkan name penceramah2 tu, diorg pun bukan kenal aku..so, tak payah lah..tapi, wahai penceramah, anda sangat berwibawa menyampaikan "talk"..credit!


Namun..haaa..ini stori gempaq nak cita kat ampa nih..dalam sepanjang sesi seminar tu berlangsung, adelah beberapa hamba Allah ni yang sah2 tidak beretika dan beradab dan dalam dewan seminar..aku pun blur juga tapi taklah keterlaluan sangat macam si hamba Allah yang aku pasti "dia" sorang yang menjadi watak dalam tulisan aku dalam para nih!setakat berbual, mengusik si kawan sebelah..boleh jegil jugaklah lagi..ni tidak, sound telefon bimbit yang digunakan sangat2 menggangu situasi orang2 yang berdekatan..haiyaaa!dahtu, siap boleh bercakap dalam telefon macam bercakap dalam pondok telefon yang macam kat LONDON tu..selowlahh skit oii..orang lain pun ade jugak henfon..taulah dah fed up..semua orang dah tak sabar nak habiskan seminar tu tp akak pun satu hal lahh jugak..pandai2lah gune henfon tuh!sangat membengangkan aku yang pada ketika itu sangat syok dan khusyuk serta tawaduk mendengar perbicaraan forum di pentas utama tuh..bunyi kesan bunyik henfon satu hal!bercakap menggunakan henfon pun satu hal!haiii..adekah anda tidak pernah menghadiri seminar atau anda ingin mengatakan bahawa anda mempunyai telefon bimbit yang lebih canggih daripada aku!aihhh..so moralnye, bile berada dalam dewan seminar atau ape2 yang seumpama denga tu, faham2lah situasi dan etika semasa di dalam dewan syarahan!harap2nyer, kakak tu bolehlah lepas ni berbual tak habis dengan orang yang ingin dibualnye di dalam telefon tuh!sekian..

No comments:

Post a Comment