Sunday, April 3, 2011

Iman Manusia Itu Lemah..

Salam..

Hmm..semasa aku mengereat entry ni cuaca di Bukit Gambir ini agak panas..ops..bukan agak panas, tapi sedikit bahang..tp itu semua kekuasaan tuhan yang menciptakan peredaran cuaca dan secara peribadinya, aku lebih sukakan suasana begini..tp harap2nya bukanlah untuk selama2nya sebab kadang kala kita juga perlukan hujan dan keadaan sedikit redup supaya ia boleh membuat satu putaran cuaca yang baik..hmm..dalam keadaan yang hangat macam ni alangkah besnye kalo dapat berendam dalam jeram..tetibe teringat jeram toi kat jelebu..huhuhuhu..

Tp, kat sini nak story sket tentang perkara yang melibatkan iman dan amal..wahh..tazkirah petang selepas asar ke nih..?ohh..tidak..ini hanya satu luahan rasa tentang bahawa benarlah kata Nabi Muhammad s.a.w tentang iman yg lebih kurang begini bunyinye.."..bahawasanya iman manusia itu ada pasang surutnya..kadangkala ia meningkat dan kadangkala ia merundum.."itulah yg terjadi pada aku..yer..aku akui, aku bukanlah seorang yg partikular tentang iman dan amal kerana aku juga akan jatuh dan kadangkal aku akan cuba bangkit dari kejatuhan itu..namun, benarlah semuanya terletak pada hati nurani kita..tetapi sebagai manusia yang telah dikurniakan pilihan untuk membuat kebaikan dan menjauhi kebatilan aku tetap tewas..malangnye aku rasekan!


Tp, sebagai hambaNya..teruslah berserah dan bertawakal kepadaNya..kerana setiap inci kehidupan itu tidak lari dari godaan yang telah diciptakan sebagai ujian..syaitan akan terus menyesat dan menyimpangkan ajaran akidah manusia kepada yg haq..tetapi semuanya dengan izin Allah yang ingin menguji hambaNya yang disayangi dan dikasihiNya..semoga kita sentiasa mendapat lindungan dan rahmat drNya supaya dapat mengawal dan tidak tunduk kepada godaan drpd makhluk yang sangat direjam itu..semoga kite banyak berdoa..

No comments:

Post a Comment