Monday, January 3, 2011

Lelaki..awas 5 petunjuk ini!

Salam..

Hahaha..cerita pasal Bandung belum lagi nak entry coz ade pic yang mash belum sempat sampai ketanganku..nanti akan di uploadkan dalam ni sikit sambungan cite Bandung tuu..hmm..may b bleh jadik Bandung 2..hahaha..well..tengahari td sempat menengok dan membelek2 akhbar utusan malaysia di kafe..ade satu cerita yg best..MU lamar Khairul Fahmi?hmm..namun, cerita itu hanya spekulasi di internet..so tak tau sejauh mana kesahihannya..may b cakap2 atas angin..namun, ia bukan berita sahih..tp sapa tau satu hari nanti kann..hahaha..good luck to Fahmi..tahniah atas persembahan anda pada final Piala Suzuki AFF yg lepas..


Good job Fahmi..!

Time tu aku ade kat Bandung woo..bleh kecut perut..tp, nasib di Bandung..tgk depan tv jer laa..main2 sorak ngan jiran sebelah..kih3x..kalo kat Jakarta..hmm..alamatnyer..makan maki la jawabnyer..mereka terlalu fanatik..sangat2 fanatik..sampaikan ade yang mati sebab tiket dan hal2 cedera2 ringan tu dah macam lumrah biasalah..setiap hari di tv cerita tuu jerr..agaknyer dari pagi aku nak pi kantor tu sampailah malam aku nak tidur..cerita tentang bola tu x abis..kut laa..namun, merreka tak nafikan mereka sangat2 fanatik sampai stadium Bung Karno tu sebelum perlawanan terjejas dek ke'fanatik'kan suporter INA tu nak dapatkan tiket perlawanan akhir INA vs MAS..namun, nasib menyebelahi MALAYSIA..hahaha..tahniah!!

Tp..itu dah lepas..nak cita pun dah basi dah..ape pun tahniah skali lagi buat team MAS..semoga mutu bola sepak negara akan meningkat lagi selepas ini..diharapkan jangan mudah merasa selesa kerana 'ada' yang tidak senang..hmmm..so, nak share kat sini tentang artikel di Utusan tadi tu..so td naik ke bilik so, search Utusan Online punyer..then pada lelaki2 yang sempat bace entry ini ambil penghayatan dari laporan ini ok..even, wanita pun bleh share same gak..peace..

korang tengok..Kaka pun bleh terduduk dan terkelu bile bace artikel ni tau..hahaha..ilek ah Kaka..sama2lah kita menjaga kesihatan..but, i think u r great man..but..hahaha..have to concern this ok..mcmlah dia bace artikel nih..tp sapa tau kan dia ade translater kerr..kih3x..

Lelaki... awas 5 petunjuk ini!

Dalam masyarakat yang semakin obses dengan kesihatan, adalah mustahil untuk melepaskan diri daripada memperkatakan tentang kisah-kisah pahit dan manis berkaitan kesihatan. Daripada pandemik kepada simptom-simptom penyakit yang menggerunkan, berita-berita mengenai penyakit selalunya diiringi dengan elemen takut dan bimbang.

Hakikatnya penyakit tidak mengenal usia, bangsa, agama mahu pun jantina. Apa yang boleh dilakukan adalah mencegah dan kemudiannya jika tidak berkesan merawat. Bagi lelaki, kesihatan mungkin bukan topik yang digemari. Namun tidak bermakna soal kesihatan dipandang ringan.

Mungkin ada perkara-perkara kecil yang mesti diberi perhatian oleh kaum lelaki untuk menentukan sama anda boleh dikategorikan sebagai lelaki sihat.

Berikut lima tanda atau petunjuk taraf kesihatan lelaki.

1. Kuku yang kuat dan berwarna merah jambu.

Penjagaan kuku mungkin tidak tersenarai sebagai perkara penting dalam diari kesihatan kaum lelaki. Tetapi percayalah kuku boleh mendedahkan banyak mengenai kesihatan seseorang. Secara umumnya, kuku individu yang sihat berwarna merah jambu, kukuh tetapi lembut. Sedikit perubahan pada kuku seperti tompok putih dan permukaan yang sedikit tidak rata adalah perkara biasa, namun sebarang perubahan besar mesti diberi perhatian.

Kuku yang tebal dan berwarna kekuningan mungkin isyarat bagi penyakit berkaitan pernafasan seperti bronkitis yang kronik. Kesan lekuk melintangi kuku yang dikenali sebagai garisan Beau pula tidak mustahil membawa maksud individu berkenaan mengidap diabetes. Kuku yang berbentuk seperti sudu yang melengkung keluar mungkin menunjukkan masalah kekurangan zat besi. Biar pun perubahan pada kuku bukan isyarat atau petunjuk pertama kepada sesuatu penyakit, tetapi adalah lebih baik rujuk masalah tersebut kepada doktor anda.

2. Warna air kencing

Pernahkah anda terfikir untuk menjalani ujian air kencing untuk melihat sama ada anda sihat atau sebaliknya? Jika tidak, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berbuat demikian kerana ujian air kencing boleh mendedahkan petunjuk-petunjuk penting tentang kesihatan anda. Air kencing sepatutnya berwarna keperangan untuk menunjukkan seseorang itu sihat. Bagaimanapun warna perang atau kuning pada air kencing boleh berbeza bergantung kepada jumlah air yang diminum. Jika anda minum air yang banyak maka kebiasaannya air kencing selalu kelihatan jernih dan secara perubatan ia menunjukkan anda sihat. Bagaimanapun jika anda mengalami dehidrasi, air kencing anda akan berwarna perang gelap. Selain faktor warna, sentiasa berwaspada jika terdapat sebarang perubahan besar. Bau kurang menyenangkan, tompokan darah atau warna-warna lain yang tidak berkaitan dengan makanan, ubat atau suplemen yang diambil mesti dipandang berat.

3. Pancutan air mani

Lelaki pertengahan umur yang sihat sepatutnya mempunyai keupayaan untuk memancutkan antara 2 dan 5 ml air mani. Semakin berusia seseorang lelaki itu semakin kurang air mani yang dipancutkan. Justeru 2 ml air mani adalah petunjuk hypospermia - keadaan yang boleh memberi kesan kepada kesuburan seseorang lelaki. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyokong kadar 2 ml). Selain daripada jumlah, warna serta konsistensi air mani juga menjadi petunjuk kepada kesihatan lelaki. Lelaki yang sihat sepatutnya mempunyai air mani yang pekat, berwarna putih atau sedikit kelabu. Air mani yang bercampur dengan darah mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatan.

4. Kadar degupan jantung semasa berehat 70 bpm.

Kadar degupan jantung semasa berehat (RHR) atau jumlah degupan jantung seminit semasa berehat adalah indikator yang bagus untuk menentukan paras kecergasan anda. Walaupun RHR berbeza mengikut usia, bagi lelaki yang sihat jumlah RHR antara 70 dan 75 degupan seminit (bpm) adalah sasaran yang munasabah. Malah, RHR antara 60 and 100 bpm secara umumnya dianggap normal bagi lelaki dewasa. Kadar degupan jantung di luar catatan tersebut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi petunjuk kepada beberapa masalah kesihatan anda. Untuk mengukur denyut nadi, letakkan dua jari pada pergelangan tangan. Apabila merasa denyutan nadi, lihat jam dan kira denyutan selama 15 saat. Darab jumlah tersebut dengan empat untuk mendapat kadar denyutan anda seminit.

5. Kulit anjal

Ukuran keanjalan kulit biasa digunakan untuk menentukan paras dehidrasi. Cirit-birit atau muntah-muntah menyebabkan seseorang kehilangan cecair dalam badan. Kulit yang sihat kekal anjal dan akan kembali normal apabila masalah tersebut pulih. Untuk menguji keanjalan kulit anda, cubit kulit di belakang tangan anda. Kulit yang kering akan kekal terangkat dan secara perlahan kembali kepada kedudukan asal. Kulit yang sihat pula akan kembali normal dalam masa yang singkat.

Adakah anda lelaki yang sihat?

Semakin hari kita dibanjiri dengan pelbagai maklumat mengenai penyakit, tetapi jarang sekali kita disogokkan dengan makna sebenar menjadi sihat. Biar pun lima signal itu tidak lengkap namun memberi perhatian kepada petunjuk-petunjuk pada diri sendiri membantu anda mengenal pasti masalah yang mungkin anda hadapi.

So, pada anda diluar sana, saya menasihati diri saya dan juga anda supaya menjaga kesihatan diri kita dengan baik ok..selalu2lah pergi membuat pemeriksaan kesihatan kerana kadangkala kita merasakan diri kita sihat, namun pada hakikatnya adalah sebaliknya..wa'allahua a'lam..


Haahhahaha..

No comments:

Post a Comment