Sunday, October 24, 2010

Dauish mula mengerti..

Salam and very good morning..

Hahaha..awal-awal pagi yang agak tidak berapa dingin ni memberi satu ilham dan mengajak aku untuk mengarah jari jemari aku untuk bertugas malam nih..mencatat sesuatu di dalam blog nih..ntah kenapa tiba2 aku tersenyum sendirian memikirkan sesuatu..adakah..?hahaha..belum tiba masanya untuk dikongsikan di sini..biarlah hati yang menyimpan segalanya..hee~


Sementelah selesai menyiapkan tugasan yang di'reject' oleh pensyarah dan sedikit 'perbincangan' ilmiah mengurang rasa kantuk dimata lalu mengajak untuk sama-sama berkongsi 'sedikit' rasa didalam blog nih..tp apa yaa..hahahaa..


Aku akui, sememangnya aku nih penuh misteri dan penuh teka teki..jadi orang-orang yang berada disekeliling aku kadangkala kaget melihatku..iya sih..kok begitu rasanya..tp emangnya aku ini mudah-mudah aja orangnya..hahahaa..sedikit ya..


Sebenarnya banyak yang aku ingin kongsikan dan curahkan didalam entry ini tp cukuplah sekadar jika individu yang membaca merasa ada sedikit rasa yang bermain dan bersarang dalam jiwa dan mindaku..hee~~..tp apa dia..?aku terus mengulum senyum..tp, entah kenapa tangan ini terasa kebas lain semacam dan ditambah pulak dengan perut yang bergendang mengiringi lagu..aduhh..

Apapun aku kira satu episod dalam satu diari hidup aku kini bermula..walaupun telah sekian lama aku cuba nantikan saat2 ini..namun,bukannya tidak pernah hadir tetapi kerana aku sendiri tidak pasti apakah sebenarnya perasaan aku nih..?tak berperasaankah aku nih..?hmm~~..tp apa yg pasti past is past..jadikan ia sempadan dan renungan untuk diperbaiki pada masa hadapan..adakah ini satu permulaan..?

Semoga aku sering dan senantiasa diberi petunjuk dan hidayah untuk mencari kebenaran-kebenaran yg selama ini aku dambakan..adakah Tuhan sedang 'berbicara' dengan aku tentang suatu kepastian-Nya..dan aku sememangnya benar-benar berharap..

Semoga terisi satu pengisian dalam hidup aku yang aku rasa tidak selesa untuk bercakap mengenainya..ahh..apakah ini..pasti ada yang menyangkal dan mendakwa sandiwara apakah yg sedang aku mainkan ni..namun, biarlah hati ini berbicara didalamnya tidak jari yang berlari mengikut kehendak perasaan..semoga aku diberi kekuatan untuk terus menghadapinya..amin..

No comments:

Post a Comment